1.1 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS
1.1.1 Definisi / Maksud / Takrif Ekonomi
A) Ilmu ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
B) Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran yang Terhad
l Buruh
Ø Sumber manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Ø Ganjarannya ialah upah.
l Tanah
Ø Sumber alam yang penawarannya terhad digunakan sebagai bahan mentah dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Ø Ganjarannya ialah sewa.
l Modal
Ø Alat ciptaan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Ø Ganjarannya ialah faedah.
l Usahawan
Ø Individu yang menggabungkan lain-lain faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Ø Ganjarannya ialah untung tetapi menanggung risiko.
1.1.2 Masalah Ekonomi (Kekurangan, Pilihan, Kos Lepas)
A) Unit Ekonomi
l Isi Rumah
Ø Individu atau sekumpulan individu yang membuat keputusan kewangan bersama untuk mecapai matlamat kepuasan maksimum.
Ø Isi rumah merupakan pembekal faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan) untuk mendapat ganjaran (upah, sewa, faedah dan untung) sebagai sumber pendapatan.
Ø Isi rumah merupakan pengguna barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak untuk memaksimumkan kepuasan.
l Firma
Ø Organisasi yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Ø Organisasi memilih keluaran yang dapat meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
l Kerajaan
Ø Pemerintah sesebuah negara yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan firma melalui dasar dan undang-undang.
Ø Kerajaan akan menyediakan barang dan perkhidmatan yang tidak disediakan oleh firma iaitu barang awam.
Ø Matlamat kerajaan adalah memaksimumkan kebajikan rakyat.
B) Konsep Masalah Ekonomi
l Kekurangan
Ø Kesan daripada sumber ekonomi terhad tetapi kehendak tidak terhad maka kekurangan berlaku.
l Pilihan
Ø Akibat kekurangan, unit ekonomi terpaksa membuat pilihan berdasarkan keutamaan dan matlamat mereka.
l Kos Lepas
Ø Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat pilihan ke atas pilihan terbaik.
C) Masalah Ekonomi Isi Rumah
l Isi rumah kekurangan pendapatan untuk memenuhi kehendak barang dan perkhidmatan yang tidak terhad.
l Isi rumah membuat pilihan barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan.
l Barang dan perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan ialah kos lepas isi rumah.
D) Masalah Ekonomi Firma
l Firma kekurangan faktor pengeluaran memenuhi kehendak keluaran yang tidak terhad.
l Firma membuat pilihan keluaran yang meminimumkan kos atau memaksimumkan untung.
l Keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan ialah kos lepas firma.
E) Masalah Ekonomi Kerajaan
l Kerajaan kekurangan pendapatan negara untuk memenuhi kehendak projek pembangunan yang tidak terhad.
l Kerajaan membuat pilihan projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan rakyat.
l Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan ialah kos lepas kerajaan.
1.1.3 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
A) Takrif KKP
l KKP merupakan satu keluk yang menunjukkan had maksimum kombinasi-kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan semua sumber ekonomi yang sedia ada dengan cekap pada suatu tingkat teknologi yang tertentu.
B) Andaian KKP
l Faktor pengeluaran digunakan secara maksimum / cekap / guna tenaga penuh.
l Hanya dua barang sahaja dikeluarkan.
l Tingkat teknologi adalah tetap.
l Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap dan tidak berubah.
C) Jadual dan Keluk Kemungkinan Pengeluaran
D) Pengiraan Kos Lepas
l Pada titik A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan 21 unit Barang R, tiada faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan Barang Q (0 unit).
l Pada titik A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan 21 unit Barang R, tiada faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan Barang Q (0 unit).
l Pada titik F, semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan 5 unit Barang Q, tiada faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan Barang R (0 unit).
l Pertukaran kombinasi B ke C dapat menambahkan keluaran Barang Q dari 1 unit ke 2 unit, kos lepas ialah 2 unit Barang R (20 unit - 18 unit).
l Pertukaran kombinasi C ke D dapat menambahkan keluaran Barang Q dari 2 unit ke 3 unit, kos lepas ialah 4 unit Barang R (18 unit - 14 unit).
l Pertukaran kombinasi D ke E dapat menambahkan keluaran Barang Q dari 3 unit ke 4 unit, kos lepas ialah 6 unit Barang R (14 unit - 8 unit).
l Pertukaran kombinasi E ke F dapat menambahkan keluaran Barang Q dari 4 unit ke 5 unit, kos lepas ialah 8 unit Barang R (8 unit - 0 unit).
l KKP berbentuk cembung kerana kos lepas semakin meningkat.
E) Tafsiran KKP
l Sebarang kombinasi barang yang wujud di bawah KKP menunjukkan pembaziran faktor pengeluaran berlaku iaitu berlakunya pengangguran dan ketidakcekapan.
l Sebarang kombinasi barang yang wujud di luar KKP menunjukkan kekurangan, ekonomi mempunyai faktor pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan kombinasi barang tersebut.
