Khamis, 24 November 2016

Pengenalan MPEI Ekonomi Tahun 2017

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah PElan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan taraf antarabangsa.

Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran.

Bagi menjayakan KSSM, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan dengan pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) (Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan PEmbelajaran Berasaskan Projek).

3 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) telah diperkenalkan di bawah KSSM bermula tahun 2017:
** Sila klik untuk mendapatkan dokumen DSKP.

Blog ini diwujudkan untuk menyediakan bahan-bahan nota, latihan dan kuiz bagi mengayakan aktiviti PdP Ekonomi di SMK Jalan Damai. Pada kesempatan ini, blog ini juga diharapkan dapat membantu warga MPEI Ekonomi di seluruh Malaysia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan